PENGENALAN

Pemikiran liberal adalah aliran pemikiran yang berjuang untuk hak kebebasan bersuara dan beragama. Pemikiran ini dilihat memberi ancaman kepada keharmonian beragama kerana pentafsiran yang dibuat dalam hal berkaitan agama bergantung kepada perspektif rasional dan kontekstual. Hasil kajian menunjukkan pemikiran liberal ini mempunyai analogi ilmu yang sangat panjang. la dipengaruhi oleh kepelbagaian keadaan sejarah dan kondisi negara termasuk pengaruh aristoksi, industrialisasi dan agama. Di zaman yang serba moden ini, terlalu banyak perkara yang mampu menggangu keharmonian dan kestabilan agama terutamanya agama islam dan masyarakatnya. Berbagai-bagai pertubuhan atau persatuan yang berani menggunakan nama islam dan sebagainya muncul dengan begitu banyak akan tetapi mempunyai pemahaman dan pemikiran yang berbeza-beza dan bukan kepada pemikiran islam yang sebenar. Dan apabila terlalu cetek ilmu, maka ia boleh membawa seseorang ke arah yang tidak benar sekaligus terjerumus ke ara...