ANCAMAN FAHAMAN LIBERALISME DI MALAYSIA

 ANCAMAN FAHAMAN LIBERALISME DI MALAYSIA


1. Menafikan Kedaulatan Agama Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan.

* Golongan liberal berusaha menghapuskan kedaulatan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, iaitu dengan menafikan kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama bagi Persekutuan. Mereka sengaja menafsirkan Islam dalam Perlembagaan adalah sekadar agama rasmi sahaja. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Sekular berasaskan demokrasi liberal yang tlaa erikat langsung dengan peranan agama Islam.

2. Membantah Undang-Undang Syariah

* Golongan liberal berusaha menghapuskan Undang-undang Syariah dengan dakwaan bahawa Undang-undang Syariah adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Syariah tidak adil. Mereka cuba memperkecilkan peranan dan kedudukan Mahkamah Syariah, antaranya dengan membantah perluasan bidang kuasa serta mencabar keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di Mahkamah Sivil.

3. Memperjuangkan Hak-Hak LGBT

* Golongan liberal berusaha memperjuangkan kebebasan berfikir dan bersuara secara mutlak isu seks bebas atau LGBT dan kesamarataan gender (feminisme), walaupun berlaku percanggahan dengan ajaran agama Islam. Oleh itu, mereka sedaya-upaya menyatakan bahawa kedudukan kebebasan dan hak asasi manusia dalam Perlembagaan Persekutuan adalah lebih tinggi atau lebih utama berbanding kedudukan agama Islam.

4. Pandangan buruk Terhadap Institusi Islam

* Golongan liberal berusaha memberikan imej buruk institusi Islam di Malaysia dapat dihapuskan, sekurang-kurangnya dapat menghakis kepercayaan umat Islam sendiri terhadap institusi Islam. Mereka sedaya-upaya mengkritik dan menyerang institusi Islam dengan pelbagai dakwaan dan kenyataan yang tidak berasas seperti desakan kumpulan G25 serta individu liberal lain supaya kerajaan menghapuskan JAKIM dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

DEFINISI , KONSEP DAN FAKTOR LIBERALISME

PANDANGAN ISLAM , PERBEZAAN LIBERAL DAN ISLAM LIBERAL DAN KEFAHAMAN LIBERAL