PANDANGAN ISLAM , PERBEZAAN LIBERAL DAN ISLAM LIBERAL DAN KEFAHAMAN LIBERAL

 



PANDANGAN ISLAM TERHADAP LIBERALISME

Kebebasan ini perlu dilihat sebagai satu keadaan, bukan suatu tindakan atau perbuatan manusia. Seperti mana Yang disebut di dalam surah Al-A'raf ayat 172 yang bermaksud

Dan ingatlah ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak adam dari tulang belakang mereka, dan dia dijadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, "bukankah Aku tuhan kamu"? mereka semua menjawab benar, kami bersaksi" demikianlah supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak, " 

Ayat di atas menerangkan manusia telah diberikan tanggungjawab semenjak berada di alam rahim lagi. Maka walaupun secara zahirnya Allah S.W.T telah memberi kebebasan kepada manusia untuk memilih sama ada untuk beriman atau tidak di dunia ini.


PERBEZAAN LIBERAL DAN ISLAM LIBERAL

I. Akal dan sains sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan kebenaran mutlak.

2. Setiap orang islam berhak diberi kebebasan dalam mengeluarkan ijtihad tanpa mengambil kira tahap penguasaan ilmu agama yang dimiliki.

3. Mencuba untuk mengubah dan mencipta ajaran baru


ISLAM LIBERAL

I. Wahyu Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan utama

2. Tidak ada diantara kitab-kitab agama di dunia ini yang memiliki jaminan daripada Allah selain daripada kitab Al-Quran.

3. Tidak berhak bagi setiap orang untuk berjihad tanpa mengira penguasaan ilmu agama


KEFAHAMAN LIBERALISME TERHADAP KESUCIAN AKIDAH UMAT ISLAM

1. Bersifat sekularisme

* Agama islam hanyalah sebagai tuntutan pelaksanaan ibadah sahaja, bukan untuk menguruskan dan pentadbiran dunia.

* Pemikiran rasionalisme dan sekularisme sehingga menafikan kesempurnaan dan kemunculan islam.


2. Penolakan terhadap autoriti Reagamaan

* Pembahagian kategori wahyu iaitu wahyu bertulis dan wahyu tidak bertulis.

* Al-Quran adalah sesuatu yang hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakal akal manusia yang menyesuaikan selari dengan konteks zaman.


3. Penolakan terhadap perundangan

* Pelaksanaan hukum syariat dengan pelbagai hujah senada dengan pandangan orientalis yang menganggap hukuman tersebut zalim dan tidak selari dengan peradaban moden.

Comments

Popular posts from this blog

DEFINISI , KONSEP DAN FAKTOR LIBERALISME

ANCAMAN FAHAMAN LIBERALISME DI MALAYSIA