ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA DAN IMPAK LIBERALISME
ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA
* Satu daripada label popular yang menjadi topik perbincangan pemikiran Islam di Malaysia adalah Islam Liberal. Apakah dia Islam Liberal? Tidak ada Istilah yang tepat dalam menghuraikan terma ini. Istilah Islam Liberal ini pertama kali diperkenalkan oleh Asaf All Ashgar Fyzee (1959) di dalam artikelnya "The Reinterpretation of Islam" bagi menggantikan istilah Islam Protestan.
* Islam Protestan pula adalah satu istilah yang dibangkitkan oleh kumpulan berfikiran liberal yang cuba mengaitkan apa yang terjadi dalam tradisi Kristian di Eropah dengan gerakan reformis Islam.
* Daripada perspektif penyelidikan di Malaysia, satu kesimpulan yang boleh dibuat mengenai Islam liberal adalah konsepnya tidak banyak berbeza dengan maksud Islam liberal yang dianjurkan Barat.
* Bagi penyelidik Islam liberal di Malaysia, indikator rasional dan kebebasan individu yang menjadi asas kepada kefahaman ini adalah bertentangan sama sekali dengan prinsip dan ajaran Islam. Usaha kumpulan ini untuk bertindak "bebas" (tanpa kawalan mana-mana pihak) dalam semua perkara termasuk hak beragama dan hak berakidah
* Sepertimana yang kita maklum, Islam daripada semua perspektif sama ada akidah, syariah dan akhlak mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri, adab dan peraturan yang ketat tapi luwes yang secara adalah mudah tetapi tidak semudah yang difikirkan manusia.kesemuanya merujuk kepada satu inti perbahasan, iaitu bagaimana kita umat Islam berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan tradisi kita dalam mendepani arus pemikiran yang datang bersama-sama dengan Peradaban Barat.
IMPAK LIBERALISME DI MALAYSIA
* Dapat menghapuskan adat resam kerana mengubah adat turun-temurun setelah sekian lama diwarisi oleh nenek moyang.Contohnya,golongan liberal mengatakan seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusya secara terus menjadi orang islam.
* Hilang sifat malu disebabkan oleh perbuatan penukaran jantina, lelaki menukar jadi perempuan, perempuan menukar jadi lelaki dan LGBT (Lesbian, Gay, Bioseksual dan Transgender).
* Masyarakat akan berpecah belah kerana fahaman liberal menimbulkan persengkataan antara pejuang liberal dengan umat islam.
* Merosakkan akidah umat islam kerana pemikiran liberal adalah berbeza daripada ajaran islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.
Comments
Post a Comment