DEFINISI , KONSEP DAN FAKTOR LIBERALISME




 DEFINISI LIBERALISME

* Liberal merupakan sesuatu yang bebas dan terbuka. Secara mudah untuk memahami konsep ini, aliran ini bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang dikatakan demokratik.

* Manakala aliran Islam Liberal merujuk kepada aliran yang memiliki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang asli lagi tulen.

* Dalam konteks kini aliran ini merupakan serangan pemikiran dan kebudayaan di mana bentuk-bentuk serangan yang secara tidak langsung dilakukan bagi meruntukan pegangan agama masyarakat Islam serta boleh memberi kesan kepada keruntuhan Islam.


KONSEP LIBERALISME

* Liberal berasal daripada perkataan Latin iaitu liber, Liberalis atau liberal yang bermaksud beba. Berfikir secara liberal bermaksud berfikir secara bebas dan terbuka, bertoleransi, berfikiran luas dan tidak jumud (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran). la juga disebut sebagai suatu struktur pemikiran yang mencakupi hampir seluruh aspek kehidupan manusia termasuk sosial, budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan agama. Dari perspektif teologi, liberal bermaksud berfikir untuk bebas daripada kepercayaan tradisi, atau berfikir bahawa ajaran bersifat tradisi perlu diubah kerana didapati tidak lagi sesuai dengan pemikiran moden.

* Bagi Angel (2007), seseorang yang liberal adalah seorang moderat, iaitu bersedia menerimaa ideologi, budaya dan peradaban Barat serta bersedia melepaskan diri dari ideologi, budaya dan peradaban yang bertentangan dengan prinsip-prinsip barat.


FAKTOR KEMUNCULAN LIBERALISME

* Faktor fahaman liberalisme ialah bila lahirnya ramai ilmuan yang cenderung kepada orientalis pemikiran Barat Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Sislam dan Secularism" telah mengupas tentang bagaimana golongan orientalis menjadikan senjata ampuh cala bagi menjatuhkan Islam. la satu pendekatan halus bagi menawan Islam dan umatnya.

Selain itu teknologi maklumat dan internet juga telah memberi kesan besar dalam kehidupan masyarakat. Internet membolehkan capaian tanpa had dengan maklumat disebar dengan cepat. Idealogi liberalisme dan idea humanisme tersebar dalam pelbagai bentuk dan cara melalui internet. Orang yang tidak mempunyai pengetahuan asa tentang Islam mudah terpengaruh dengan idealogi ini.



Comments

Popular posts from this blog

ANCAMAN FAHAMAN LIBERALISME DI MALAYSIA

PANDANGAN ISLAM , PERBEZAAN LIBERAL DAN ISLAM LIBERAL DAN KEFAHAMAN LIBERAL