KEKELIRUAN YANG MUNCUL AKIBAT FAHAMAN ISLAM LIBERAL

KEKELIRUAN YANG MUNCUL AKIBAT FAHAMAN ISLAM LIBERAL

* Kekeliruan yang telah dibawa oleh kelompok Islam liberal dapat dilihat daripada beberapa sudut, di antaranya di dalam merungkai asas agama itu sendiri, iaitu dari sudut pentafsiran Al-Quran dan autoriti hadis Nabi Muhammad SAW.

* Ijma' dan ijtihad yang telah dilakukan oleh ulama-ulama silam yang telah diterima oleh masyarakat ilmiah dan masyarakat awam selama beratus tahun menggambarkan adanya kelompok 'ahl ad-dhikr dalam setiap bidang ilmu agama yang harus diiktiraf dan di dekati dengan pendekatan hormat kritis dan bukan penolakan yang totok.

* Namun apabila golongan Islam liberal bersikap ingin membuat pembaharuan terhadap wibawa keilmuan ini, mereka membuka ruang tanpa had untuk semua jenis pentafsiran dan menganggap pentafsiran-pentafsiran tersebut sebagai sama tahap kewibawaannya didalam pemahaman agama.

* Hasilnya ialah ramai di kalangan masyarakat Islam yang telah dididik dengan asas asas agama yang meyakinkan, menjadi keliru dan goyah akidahnya.

* Seterusnya, kurangnya ilmu dan iman, mungkin ramai di kalangan kelompok Islam liberal tidak memahami bahawa Islam sebenarnya merupakan agama pembebasan daripada segala kelemahan manusia.

* Islam datang dengan misi istiqlal (kemerdekaan) dan hurriyyah (kebebasan) untuk membebaskan manusia dari, pengabdian jahiliyyah sesama manusia kepada pengabdian yang tulus kepada Allah (yang sebenarnya kemerdekaan yang tertinggi).

* Oleh itu, kita khuatir kelompok Islam liberal akan hanya membawa masuk isu-isu palsu ke dalam wacana pemikiran Islam. Mungkin Sapa yang lebih wajar dilakukan oleh umat Islam hari ini ialah bersikap lebih tawaduk terhadap ilmu dengan menuntut ilmu dan mempertingkatkan kewibawaan ilmiah masing-masing.


Comments

Popular posts from this blog

DEFINISI , KONSEP DAN FAKTOR LIBERALISME

ANCAMAN FAHAMAN LIBERALISME DI MALAYSIA

PANDANGAN ISLAM , PERBEZAAN LIBERAL DAN ISLAM LIBERAL DAN KEFAHAMAN LIBERAL