KESIMPULAN



Liberalisme ini merupakan suatu fahaman yang memisahkan aspek agama dan pemikiran seseorang tentang kebebasan, dimana amalan bebas boleh diamalkan dalam agama. Hakikat yang perlu kita akui adalah, dalam masyarakat heterogeneous di Malaysia, pemikiran sekularisme sudah meresap masuk pada semua peringkat pemikiran. Mereka yang melaungkan sikap anti sekular pun adakalanya dilabel sebagai sekular. Begitu juga dengan liberal. Mereka yang sering meletakkan tuduhan liberal pun ada kalanya berfikir secara liberal. Kecuali yang sudah jelas sebagai dasar agama, sangat sukar untuk kita membezakan bahagian hidup kita yang mana tidak disekular dan diliberalkan. Persekitaran juga memainkan peranan yang kronik dalam melahirkan masyarakat liberal. 

Di zaman serba canggih dan moden ini terdapat banyak kewujudan aplikasi di taman media sosial yang juga memberi impak yang sangat besar ke atas seseorang individu dan membawa banyak perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan seseorang individu, masyarakat dan agama. Penggunaan media sosial juga merupakan satu bentuk penghubung untuk seseorang itu berhubung dan membuat penyampaian sesuatu maklumat tentang pelbagai ideologi termasuk fahaman liberalisme serta ajaran yang bercanggah dengan agama islam di Malaysia yang melanggar ajaran dan undang-undang agama tersebut. Kegemaran sesetengah masyarakat memuat naik atau berkongsi hal-hal peribadi seperti kecantikan, kegemaran, tingkah laku dan lain-lain di media sosial telah mengundang interpretasi yang pelbagai daripada pengguna-pengguna internet atau netizen beragama Islam. Dalam hal ini, prinsip-prinsip tradisi ada kalanya ditafsirkan secara terbuka oleh mereka tanpa merujuk kepada pandangan agamawan atau pihak berkuasa agama. 

Jika diteliti, sikap ini adalah sebahagian daripada apa yang diperjuangkan oleh fahaman liberal. Jelasnya adalah suatu yang sukar untuk kita meletak satu batasan kepada apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mengenai fahaman ini.

Comments

Popular posts from this blog

DEFINISI , KONSEP DAN FAKTOR LIBERALISME

ANCAMAN FAHAMAN LIBERALISME DI MALAYSIA

PANDANGAN ISLAM , PERBEZAAN LIBERAL DAN ISLAM LIBERAL DAN KEFAHAMAN LIBERAL